Wednesday, October 20, 2010

DEFINISI LATIHAN KECERGASAN

Latihan adalah suatu proses yang menggabungkan aspek fisiologi, biokimia, psikologi, sosial dan kaedah-kaedah latihan yang tertentu yang akan dipamerkan keberkesanannya oleh atlit yang telah menjalani proses latihan. Jurulatih perlu sentiasa membuat penilaian bagi memastikan latihan yang diberi adalah latihan yang berkualiti, mengetahui tindakbalas atlit terhadap latihan dan seterusnya dapat membentuk program latihan yang lebih berkesan pada perancangan program latihan yang akan datang. Jurulatih perlu mengetahui pendekatan saintifik bai memastikan program latihan yang dibentuk berdasarkan kepada objektif yang dikehendaki.
Teori dan kaedah latihan adalah suatu bidang yang sangat luas. Pengetahuan dalam bidang sains dapat membantu jurulatih menjadi lebih berkesan dalam memperbaiki atau meningkatkan keberkesanan latihannya. Prinsip latihan menggambarkan gabungan kompleks manakala pengetahuan mengenai faktor-faktor latihan membantu jurulatih memahami peranan yang di mainkan oleh setiap faktor latihan berdasarkan kriteria dan spesifikasi sukan atau acara tertentu.
Program latihan yang dirancang haruslah mengambilkira faktor umur peserta, kebolehan dan kualiti individu yang terbabit kerana tidak semua atlit memiliki kebolehan atau kemampuan yang sama. Kebolehan jurulatih merancang program yang sesuai dan berkesan akan dapat membantunya memberi latihan yang secukupnya bagi memastikan atlit mencapai tahap prestasi yang maksimum pada masa yang dikehendaki. Program latihan juga perlu mengambil kira faktor pemulihan atau rehat antara masa latihan bagi memastikan peningkatan prestasi yang berterusan.

RUJUKAN:Anon. Kaedah latihan kecergasan fizikal. http://www.scribd.com./doc/18344146/KLICT
[21 Oktober 2009]

Monday, August 16, 2010

Latihan Fartlek

Latihan Fartlek
Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’ adalah sejenis latihan dayatahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Dalam aktiviti latihan ini terdapat yang berkaitan dengan pecutan, di mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut bertempo atau kadar tertentu di mana biasanya ditentukan berdasarkan peratusan daripada keupayaan maksima.

Objektif latihan
i.meningkatkan dayatahan kardiovaskular
ii.membina dan meningkatkan kepantasan

Rasional
Latihan ini sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi keupayaan aerobik para atlit di samping membina kadar kederasan yang diperlukan sebagai salah satu ‘pre-requisite’ dalam pembinaan kuasa ekplosif.

Prinsip latihan
Latihan fartlek merupakan satu corak latihan bebas di mana jarak dan masa tidak dipentingkan. Atlit adalah bebas untuk menentukan jarak dan kadar kederasan sendiri. Bagaimanapun kadar intensiti latihan mestilah ditingkatkan secara progresif dari satu masa ke semasa. Masa rehat untuk aktiviti larian kepantasan dipenuhi oleh rehat aktif seperti berjalan, jogging dan berlari langkah panjang (striding). Aktiviti-aktiviti rehat aktif ini akan bermula kembali dengan memulakan larian kepantasan.


Kekerapan latihan :

Seminggu 2 kali sepanjang sesi latihan kitaran mikro

Rasional pemilihan latihan ini

a. Meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan atlit
b. Dapat membina sistem aerobik dan anaerobik
c. Mengurangkan rasa jemu dengan menggunakan lokasi latihan yang berbeza dan berdasarkan kemampuan individu
d. Melambatkan proses kelesuan
e. Dapat menyesuaikan diri dalam bentuk-bentuk kemahiran yang lain,apabila latihan ini dijalankan
f. Mendedahkan elemen kepantasan dalam latihan memandangkan acara yang ditumpukan ialah 110 meter lari berpagar.

Aktiviti-aktiviti fartlek yang disyorkan

a. Berlari perlahan-lahan
b. Lari bergradien (naik bukit dan turun bukit)
c. Striding
d. Lari pecut
e. Berjalan
f. Bounding


Sunday, August 15, 2010

Sistem saraf manusia

Sistem saraf ialah satu sistem yang bertugas menyampaikan rangsangan untuk tubuh..melalui sistem ini,manusia akan lebih peka apa yang berlaku disekeliling mereka..sistem saraf mempunyai 3 kompenan iaitu :
1)reseptor= reseptor bertugas sebagai penerima rangsangan atau impuls..rangsangan diterima melalui sistem indera..
2)penghantar impuls: ini dilakukan sendiri oleh sistem saraf
3)efektor: ini merupakan bahagian yang dihadapi oleh otot yang telah dihantar oleh impuls..

Wednesday, August 11, 2010

SUKAN DAN REKREASI

Sukan bukan aktiviti untuk kesihatan saja..ramai berpendapat sukan hanya untuk sesiapa yang ingin menjalani kehidupan yang sihat..sukan sekarang menjadi aset penting dalam sesebuah negara..mutu sukan yang tinggi akan memartabatkan lagi nama negara tersebut..