Wednesday, October 20, 2010

DEFINISI LATIHAN KECERGASAN

Latihan adalah suatu proses yang menggabungkan aspek fisiologi, biokimia, psikologi, sosial dan kaedah-kaedah latihan yang tertentu yang akan dipamerkan keberkesanannya oleh atlit yang telah menjalani proses latihan. Jurulatih perlu sentiasa membuat penilaian bagi memastikan latihan yang diberi adalah latihan yang berkualiti, mengetahui tindakbalas atlit terhadap latihan dan seterusnya dapat membentuk program latihan yang lebih berkesan pada perancangan program latihan yang akan datang. Jurulatih perlu mengetahui pendekatan saintifik bai memastikan program latihan yang dibentuk berdasarkan kepada objektif yang dikehendaki.
Teori dan kaedah latihan adalah suatu bidang yang sangat luas. Pengetahuan dalam bidang sains dapat membantu jurulatih menjadi lebih berkesan dalam memperbaiki atau meningkatkan keberkesanan latihannya. Prinsip latihan menggambarkan gabungan kompleks manakala pengetahuan mengenai faktor-faktor latihan membantu jurulatih memahami peranan yang di mainkan oleh setiap faktor latihan berdasarkan kriteria dan spesifikasi sukan atau acara tertentu.
Program latihan yang dirancang haruslah mengambilkira faktor umur peserta, kebolehan dan kualiti individu yang terbabit kerana tidak semua atlit memiliki kebolehan atau kemampuan yang sama. Kebolehan jurulatih merancang program yang sesuai dan berkesan akan dapat membantunya memberi latihan yang secukupnya bagi memastikan atlit mencapai tahap prestasi yang maksimum pada masa yang dikehendaki. Program latihan juga perlu mengambil kira faktor pemulihan atau rehat antara masa latihan bagi memastikan peningkatan prestasi yang berterusan.

RUJUKAN:Anon. Kaedah latihan kecergasan fizikal. http://www.scribd.com./doc/18344146/KLICT
[21 Oktober 2009]